Friday 28 September 2012

2 'Ia' telah datang...

Jumaat yang mulia 
kini akhirnya..
'ia' telah datang..
penamat kepada segala persoalan

Hati ini meruntun sayu..cuba memujuk diri
wahai diri bersabarlah..
pasti terselit suatu hikmah
juga pasti ada ganjaran buat orang2 yg bersabar...

redha lah...
insafi bahawa dirimu hanyalah seorang hamba....
perlu tunduk dan terus akur dengan kehendak-Nya

wahai diri ini teruskanlah berusaha dan berdoa..
usah mudah putus asa dengan rahmat Allah..~

- Awan Cumulus (CU) menemani sang suria terbenam -













- iwannabeumie -

0 Sebentar lagi..

Hari ini umi telah masuk CD29...

Sebentar lagi...
bila-bila masa bermula saat ini 'ia' akan tiba..
adakah 'ia' akan muncul kembali seperti bulan2 yang telah lalu..
'ia' yg setiap bulan datang dan pergi..
hadir 'ia' juga..telah memberi janji kosong buat umi...
namum kehadiran 'ia'...juga memberi kegembiraan buat umi..

namun umi sedar..umi perlu terus berjuang..

dan perlu terus redha dengan apa yang 'DIA' telah tentukan buat umi...   

.. menanti akan tiba masanya ..

dan umi akan terus menunggu..dan akan tetap menjadi penunggu yang setia sehingga tiba masanya nanti...
moga2 akan ada berita gembira buat Umi dan Walid to be tidak lama lagi...~
 

Thursday 27 September 2012

0 Tsukuba VLBI Station

Sengaja umi selitkan kenangan lawatan ke Geographical Survey Institute (GSI), Jepun suatu ketika dahulu..

Menariknya tentang the Tsukuba Very Long Baseline Interferometry (VLBI) Station ini..cubalah lihat antena VLBI nya..tersangatlah besarnya...wahh...and it is the largest VLBI antenna in Japan..ianya sangat canggih and pengukurannya so precise...boleh mengukur perbezaan ketibaan masa gelombang radio dari lokasi yang sangat jauh (emitted from a distant quasar)..di luar alam semesta tu..terlalu jauhhh dari planet bumi..umi suka la kalau menyentuh bab2 luar alam semesta nie...sangat menarik hati...kalau nak tahu lanjut tentang VLBI ni butirannya di sini.

we were on the way..see it!









It's me..hehe..









..sangat besar...

Tuesday 25 September 2012

0 Semuanya Tanggungjawab

Bismillahirrahmanirrahim..


Entah ye sewaktu bawa kereta nak pergi ke ofis pagi ni..pandangan umi terasa kosong jer..fikiran tetiba melayang terfikir 2-3 hari ni sangat lah tidak mengujakan hati..terfikir bestnya kalau dapat bekerja dari rumah atau jadi suri rumah sepenuh masa..tak perlu lah hari2 keluar pergi kerja, balik kerja, esok tu kerja lagi..kerja dan kerja...kena tempuhi traffic jam yg sangat sesak di KL..memikir hal-hal pejabat...tapi hakikatnya bekerja di ofis itu tanggungjawab.. menjadi suri rumah itu juga besar tanggungjawabnya...

..itulah dunia..dunia adalah tempat untuk diuji..kesenangan itu ujian, kesusahan juga ujian..sesiapa pun takkan lepas dari diuji..setiap orang punya tanggungjawab..di akhirat nanti pasti akan ditanya satu per satu amanah dan tanggungjawab yang dipikul..

Seperti kebiasaan umi sampai di opis pagi ni terus aje check emel...

..dan antara banyak2 emel yang umi terima, umi tertarik dengan satu emel dari pihak Intergovernmental Oceanographic Commission, IOC-UNESCO kepada umi. Setelah dibaca rupanya umi dijemput menghadiri satu mesyuarat di....whattt??...Santiago, Chile, South America???mesyuarat pula akan dibuat di...

huhh?? Catholic University of Chile??aduhhh...

Ya Allah kalau jadi pergi ni..ini kira first time la umi akan pergi ke negara2 sebelah barat..rasa kurang yakin pun ada juga sebab umi tak pernah sampai negara Amerika Selatan ni..kalau sebelum2 ni umi selalu pergi hadiri mesyuarat di negara2 Asia Tenggara ataupun Jepun seorang diri tapi memang umi sangat confident berada among these Japanese people. They are quite humble dan sangat berdisiplin tinggi.. Alangkah bagus kalau mereka ni islam kan..

back to the story nk pergi ke America nanti nie...umi cuma terfikir...macammana agaknya persepsi diorang dgn islam & muslim? umi akan pergi seorang diri..umi ni muslimah bertudung..juga particular bab halal foods and so on...harap2 mereka dapat terima umi as one of the team members. 

umi ambil ini sebagai suatu cabaran dan tanggungjawab demi negara, agama dan bangsa ..jika inilah  kehendak Allah, pasti Allah jua akan permudahkan urusan umi...walaubagaimanapun, umi tetap bersyukur, Alhamdulillah dan rasa bertuah sangat sebab bila tengok balik Member Countries yang dijemput hadir mesyuarat ni wakil Asia Tenggara cuma Malaysia (umi) dan China saja. Negara lain dari Amerika, Ecuador, Kanada dan Kolombia aje.

Terima kasih pada jabatan kerana meletakkan kepercayaan pada umi dengan mencalonkan nama umi di peringkat antarabangsa bagi mewakili Malaysia..tapi yang pastinya umi tahu Allah yang mengerakkan hati mereka semua..Allah yang merancang ini semua untuk umi..Allah Maha Merancang dan Maha Mengetahui...

Terima kasih Ya Allah! umi hanya mampu berserah dan bermohon padaMu..permudahkanlah setiap urusan hambaMu ini..ameen..







Sunday 23 September 2012

2 IKHTIAR: ku terus mengharap Rahmat-Mu (part 2)

Alhamdulillah hari ini atas izin Allah memberi umi bernafas dan meluangkan sedikit masa untuk entri kali ni..

Secara ringkas umi dah senaraikan infertility causes dan treatments yang pernah dan sedang umi ikhtiarkan sekarang (boleh dilihat di D'TTC Stories)..insyaAllah di kesempatan lain sekiranya perlu umi akan details kan satu per satu setiap rawatan dan pengalaman yg umi tempuhi..ikhtiar ini semua akan menjadi suatu kenangan terindah buat umi dan hubby..pengalaman tak mungkin kami lupakan..dan mengingatkan umi akan perlunya kita untuk berdoa dan sentiasa berserah pada Allah atas apa yang kita usahakan...jelas kehendak Allah tiada satu kuasa pun dapat melawan..Allah yang menurunkan ujian ini dan umi bertawakkal kembali pada Allah atas setiap yang ditetapkan oleh-Nya..sungguh Ya Allah, hambaMu ini tidaklah lebih dari seorang peminjam sementara di dunia ini..segala-galanya adalah milik-Mu..dan Engkau berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu..hambaMu ini pasti di sebalik ujian yang Kau tetapkan ini terselit hikmah yang besar yang tidak tercapai dek akal manusia yang terbatas ini..kenapa dan mengapa ini semua ditakdirkan berlaku..yang pastinya akan ada jalan keluar pada sesiapa yang bertawakkal pada-Mu...ku memohon redha-Mu dan berkatilah usaha kami Ya Allah..ameen..

comey kan fibriod dalam uterus umi - doc sempat buang masa laparotomy surgery haritu 

Friday 21 September 2012

4 IKHTIAR: ku terus mengharap Rahmat-Mu

Bismillahirrahmanirrahim...

Ermm..macammana nak mula yer..

Baiklah..entri IKHTIAR:Ku terus mengharap Rahmat-Mu ini umie buat khas untuk ceritakan dari awal ikhtiar umie dan mr hubby berTTC kerana Allah dan sekarang dahpun masuk lebih 6 tahun usia perkahwinan kami, Alhamdulillah (umie still bersyukur memiliki suami yg sgt faham perasaan umie sehinggalah ke saat ini dan harapnya sampai akhir hayat kita ye abg..jodoh dunia akhirat till jannah, insyaAllah..I love u so much abg kerana Allah)..ameen..

entri ini juga akan menjadi ingatan buat umie, coretan manis dan menilai kembali sejauh mana usaha umie untuk benar2 mengharapkan rezeki ZURIAT keturanan umie dan suami daripada Yang Maha Pencipta..umie mengaku di awal perkahwinan dulu (to be specific 1-3 thn pertama)..umie sebenarnya tak faham apa itu 'Sabar', 'Redha' dan 'Tawakkal' itu sendiri..yer la masa tu umur umie pun masih muda..org kata 'belum cukup makan garam'..kan....really it is not so easy..bukan semua org faham..dari pengalaman akan mematangkan usia, dan dari pandangan mata hati akan nampak apa yang tersirat di sebalik yang tersurat...hakikatnya bukan semua orang dapat pandang dgn mata hati itu..manusia suka pada pandangan nafsu dan akal..manusia suka pada yang nyata dari yang tak terlihat..mudahan kita dapat menilai sesuatu dengan pandangan mata hati dan bukannya mengikut kata nafsu.

1-3 thn pertama tiap bulan bila time cik 'P' muncul..umie mesti nangis.sedihnya hanya mr hubby dan Allah shj yg tahu..nangis2 sampai tak ingat dunia...umie macam nak tanya pada Allah nape uji umie macam ni dan kenapa tak uji orang lain je..kenapa..kenapa...tak adil org lain nampak bahagia..diorang kahwin terus dapat anak..apa salah umie..umie ni tak layakkah bergelar ibu..umie jd tak rasional (hehe...pernah tu satu hari jiran umie kelam kabut dtg umh ketuk2 pintu waktu tu umie tgh meraung2 (masa tu duduk menyewa umh flat)..tak perasan pun meraung sampai jiran2 pun boleh dengar...aduh malunyerrrr..apa lah umie ni kan..nasib baik sekarang ni umie dah pindah..tak sanggup la nak pegi jengok2 umh lama lg dah..maluuu sesgt..mesti depa suspen kan nape la si umie ni meraung2 teriak2..kena histeria ke..sampai ke tahap mcm tu..wa iya zubillah..bila orang tanya 'dah ada ker'...tambah2 dgn nada sinis pulak tu...jawab la dengan sakitnya hati macam kena tusukan panah yg paling dalam 'takde lg la..belum rezeki'..balik umh nangis...geram..sakitnya hati..atau malas dh nak layan/jumpa/terserempak insan2 yang suka tanya macam tu...depan orang umie kata 'takpe la aku sabar dan redha je..belum rezeki nak buat macammana kan'..tapi...sabar ke umi ni?..redha ke?...dan rupanya..umie silap...

umie sangat kecewa dengan sikap umie dulu...umie yang sebenarnya tak kenal Pencipta umie..umie memberontak dengan kehendakNya sedang umie ni tak sedar umie hanyalah seorang hamba..seorang hamba tak layak nak mempersoalkan untung nasib, rezeki dan kehidupan kepada tuannya inikan pula Dia Tuhan Yang Menciptakan umie...umie tak layak..dan sangat tidak sepatutnya..umie patut bersyukur dengan segala amanah apa yg umie ada sekarang..Dia sangat sayang pada umie..umie tahu sebab itu Dia pilih umie..dan umie antara insan2 terpilih olehNya..bukan semua orang diuji olehNya dengan ujian sebegini..itu tandanya kasih sayang Allah pada orang yang terpilih...lagi berat ujian..lagi tinggi kasih sayang Allah pada hambaNya itu sekiranya dia redha dan berserah padaNya..Allah suka sekiranya kita sentiasa berusaha memperbaiki diri dan mengabdikan diri padaNya..Allah rindu untuk mendengar rintihan kita sentiasa bermohon dan bermunajat padaNya...ampunilah dosa hambaMu ini Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..umie terima dan sabar dengan ketentuanMu.. hambaMu ini redha ya Allah sekiranya inilah jalannya untuk peroleh redhaMu..umie tawakkal dengan usaha umie kerana umie yakin Allah tidak akan mengecewakan doa hambaNya yang bermohon...umie tidak akan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah..umie mohon kekuatan hanya dari Allah dapat membantu umie hidup di muka bumi yang fana, tidak kekal dan sementara ini..umie suka hayati kata-kata di bawah sebagai peringatan buat umie..

"Boleh jadi kamu memmbenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu..
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, sedang ia amat buruk bagimu..
Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...

dan juga..

"Ilmu kita terbatas tidak dapat menjangkau Ilmu Allah yang Maha Luas..
kita hanya nampak yg dekat..sedang Allah nampak yang dekat dan yg jauh..

Hakikatnya Allah lebih Mengetahui tentang diri kita..kita sendiri tidak tahu apa yang terbaik untuk diri kita sendiri..

Wallahu a'lam


p/s: akhirnya umie dapat luahkan apa yg umie simpan di dalam hati..umie sekarang telah berubah Ya Allah..umie dah boleh terima apa pun org kata..umie redha..umie dah tak nangis2 dah beberapa tahun kebelakangan ni sebab umie tahu Allah sayang pada umie..umie pun sayang pada Allah..umie dapat rasa Allah dekat dengan umie..Allah kurniakan banyak rezeki lain buat umie dan keluarga..dalam kerjaya umie..rumahtangga umie dan segalanya tak terhitung..umie rindu padaMu Ya Allah..umie sayu tiap kali menyebut namaMu..umie tahu Allah paling faham perasaan umie..terima kasih Ya Rabb jemput umie ke rumah-Mu..sangat bahagia dan tenang pabila berada di dalam rumah-Mu menjadi tetamu-Mu memandang Baitullah Al-Haram (kaabah)..benarlah..ketenangan yg selalu dikata orang yg pernah mengunjungi rumah-Mu..tidak sama seperti di tempat2 lain yg pernah umie pergi..dan tidak boleh digambarkan oleh orang yang tidak merasainya.. semoga umie berpeluang dijemput olehMu lagi..ameen..



Allah turunkan 120 rahmat ke atas Kaabah setiap hari, dan darinya 20 rahmat untuk orang yg memandang kaabah..saat manis yg tak mungkin umie dapat lupakan..rindunya lambaian Baitullah.. 


- nampaknya entri 'Ikhtiar: ku terus mengharap Rahmat-Mu akan bersambung ke part-2..sebab tetiba umie terasa sayu pulak..to be continued..










Thursday 20 September 2012

0 Masih Menanti..

Ceritanya begini..
pagi semalam kawan satu umrah umi ada telefon tanya perkembangan umi macammana..umi jawab 'masih menanti'...dia pun TTC jugak sama dengan umi selama 6 tahun lebih..yang nak jadi ceritanya adalah kami ini satu rombongan umrah yang sama bulan Mac lalu...mula-mula tak kenal pun..masa hari kedua ustazah bawa kami semua ziarah dalam ke Masjid Nabawi..umi kenal dia sebab umi duduk sebelah dia sementara kami menunggu nak masuk ke Raudhah (ohh tetiba teringat kenangan di sana..sungguh manis saat itu..masih terbayang2 ketika jejak kaki ke Madinah Al-Munawwarah..sangat tenang tau!) oohh ok..kawan umi ni tegur dan rupanya kami diuji dengan dugaan yang sama...itulah ukuhwah bertemu di tanah suci...dah la umur sama..tahun kawen kami pun sama...so sekarang kami sama2 sedang berTTC..Alhamdulillah dengan izin Allah kami berdua dapat masuk ke Raudhah Taman Syurga dan berdoa..sangat hampir dengan makam baginda Rasulullah S.A.W..dan sememangnya terasa seperti baginda ada di situ..apapun mudahan Allah perkenankan doa umi dan kawan umi tu..ameen..

p/s: umi teringin sgt nak kongsi pengalaman di tanah suci tempoh hari...insyaAllah ada kesempatan umi akan kongsikan

Kenangan umi di Masjid Nabawi...Assalamualaika Ya Rasulullah..rindunya

Wednesday 19 September 2012

0 Dengan Lafaz Bismillah





Ini merupakan entri pertama saya..saya mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..
sesungguhnya hanya pada Allah saya berserah dan bermohon..kalian yang senasib dengan diri ini pasti memahami perasaan ini dan insyaAllah saya juga memahami perasaan rakan-rakan TTC semua..dengan wujudnya blog ini mudahan memberi sedikit kebahagiaan buat saya untuk berkongsi rasa dan paling-paling sedikit manfaat kepada mereka-mereka yang senasib diuji seperti diri ini..

ketahuilah kalian bahawa Allah amat dekat dengan hamba-hambaNya yang diuji..tidak lain hanya untuk melihat sejauh mana kasih sayang, keimanan, kesabaran dan redha kita pada kehendakNya..sama-samalah kita berdoa sentiasa..mudahan Allah meringankan ujian buat kami, murahkan rezeki kami dan rakan-rakan senasib di luar sana..ameen..
Alhamdulillah atas segala nikmatMu, terima kasih Ya Allah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...